Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Monday, July 22, 2013

IKAN SIAKAP MASAK KARI

Assalamualaikum, dah masuk hari ke 13 kita berpuasa, selamat berpuasa buat semua, dah siap masak utk berbuka ke, Ok lah  menu hari ke 3 puasa, tak tau nak masak apa,anak2 minta ayam pedas, akk dh rancang nak msk ikan siakap, tapi takkan dua2 kaler merah pula, google cari jumpa kat dapur Amie resipi ikan siakap masak kari ni, tq Amie. Memang sangat sedap ikan siakap di masak kari mcm ni.


Resepi : Ikan Siakap Masak Kari


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap  (800 gram) - bersihkan dan potong 4
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu makan serbuk kari ikan - Amie tambah lagi 1 sudu serbuk kari daging
2 biji tomato - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
2 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
1 sudu makan pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering 
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah

Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk kari ikan serta serbuk kari daging dan daun kari.
3. Gaul rata dan tambahkan 1 cawan air serta pati asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan pekat dan apabila kuah mula mendidih sekali lagi, masukkan ikan siakap.
5. Jangan masak terlalu lama kerana ikan siakap sangat lembut. Berhati-hati ketika membalikkan ikan siakap supaya tidak pecah.
6. Masak di antara 5-7 minit.
7. Masukkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
8. Masukkan tomato dan cili hijau.
9. Setelah santan pekat dan naik minyak, tutup api dapur.

Selamat memasak dan berbuka buat semua

5 comments:

Assalam..nmpk sedap la kari ikan siakap ni.Tingin gak nk terai..ntah bila nk jd kenyataan ni hehe
 
waaa..terliurnya ai..
 
Assalam...
Terliur nengok kari ikan siakap ni....
 
Kak...terima kasih brkongsi resepi ni..saya tgh cari resepi ikan siakap..nak cuba buat nanti..
 
Salam kak Liza,
Wah, nice idea kak. Mesti mewah rasanya.
Bila tengok pulut dakap, dll beberapa hari dulu dlm dashboard, dah teringin... tp tak bole klik. huhu. ms intenet ok, terus komen laju-laju.
Mohon maaf sempena Ramadhan ini kak.. :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...