Salam dan selamat pagi buat semua....susulan dari kisah jalan2 kat pantai remis kuala selangor semalam, aku nak tunjukkan rupa mentarang ni hehehhe. Mula2 dengar nama tu seronok sangat...pas tu bila beli tgk kulit dia cam tajam2 sikit dah kurang sikit selera nak makan tu hehehe. Hanya satu kedai je yang ada mentarang ni...kedai lain semua habis. Aku tak tahu lah pulak, agaknya mendapat sambutan hangat dari pembeli kut. Isi dia terlalu besar dan lembik sikit bagi aku la....maklum la aku bukan biasa sangat pun dengan siput2 laut macam ni, yang aku tahu kerang, lala, remis, kepah je. Semalam sampai je kat rumah aku terus rebus mentarang ni..makcik tu kata org rebus. Tapiiiiii mendukacita la pulak tekak aku ni pyah benar nak telan benda ni...terasa tertutup terus selera hendah makan, aku jamah sedikit sahaja....memang sah tekak aku tak boleh terima. Buat Nida Di Bumi Albany NZ, ini lah rupanya mentarang tuuuuuu : ~
mentarang mentah...hanya ada RM2.00 je.
Nasib baik rm 2.00 je, kalo 1 kg????
ini lah rupa isinya yang penuh
metaram rebus bersama serai....bukan pilihan ku lagi............
24 comments:
Camner akak leh terliur n terkenang2 nak makan mentarang sebelum gi carik tu ek?
Ari tu saya pun rebus gak...campur serai ngan cili tumbuk sikit, tumis dulu baru masukkan air ngan mentarang tu..akak rebus mcm tu jer ke??
hihi. kak liza geli mentarang,ya. ;)
saya pulak takleh makan Tiram yang orang buat makan sushi tu. ahak. Aritu, kami gi jemputan buka posa kat hotel kat pwtc. Ada sushi dan tiram besar ngan isinya yg gedabak. ahak. Hubby suh makan. Isteri mithali ni, try ler. Siap perah lemon lagi. Hu, lekat kat tekak. hahaha.
oooo.... hensem juga rupa mentarang ni ye..hehe. Nilah first time tengok ghupanya... Rasanya kalau masak lemak cili api pekat2 sedap kot...
thanks ye masukkan pic ni.. so malam ni takde ler ngigau nak tengok rupa mentarang..hehe
Satu lg, benda putih yg mcm sesungut tu kna buang dulu sblm msk, kalo x buang, ia blh myebabkan keracunan.
Sila ambil perhatian..hehe..
Post a Comment