Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 3, 2009

Kerabu Sotong

Dah lama nak buat kerabu sotong ni, hari ini baru berkesempatan mencuba resepi dari Dayangjack, memandangkan bahan2 pun tak sesusah mana pun, main campak apa yang ada dalam peti ais je, tapi rasanya menten sedap n yummy. Tq buat Dayang kerana kongsi resepi yang enak bangat ini. Maaf la ya teman2 gambar ni blur sikit. Memandangkan kacang panjang tiada aku gantikan dengan kacang botol.

 
 
Untuk resepi kerabu sotong ini ada di bawah ya.Dayang akak minta izin ya copy n paste ya, utk rujukan masa hadapan. Tq Dyg.♥♥
Bahan-bahan :
  • 3 ekor sotong saiz L/XL (direbus sebentar dan kemudian dihiris)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan jus limau kasturi/limau nipis/lemon
  • gula dan garam secukupnya
  • 1 sudu makan sos cili Thai (kalau xde, boleh ganti dgn sedikit cuka makan)
  • bahan2 hirisan :cili padi, serai, tomato, kacang panjang, bunga kantan, epal, kapsikum, cili merah, daun ketumbar
Cara-cara : Gaulkan kesemua bahan di atas dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.

***sotong jgn direbus terlalu lama. cukup sekadar 1 minit shj. tetapi pastikan air dididihkan terlebih dahulu sebelum memasukkan sotong.

2 comments:

Salam kak Liza,
cam sedap jer kerabu sutun tu. laparnya...huhu
 
Salam indah, memang sedap semua rasa ada heheh, cuba lah bahan pun sempoi je. tq ya indah
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...