Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 15, 2009

CARROT SOUP



Ada 2 mangkuk ni amik la sapa2 yang nak rasa..memag sedap dan berkhasiat







Ini gara - gara HANA  membuat sup karet la..berjangkit kat haku pulak, pagi ni  jenjalan umah noorsha, tgk ada gak sup karet ni. Lebih2 lagi bahan2 semua dh ada....apa lagi aku pun cuba la buat sup ni. Memang sedap sungguh sup karet mu ini dik hana. akak makan dengan roti gardenia je sedap bangat. Tq ya hana bagi idea yang sangat bagus dan berkhasiat untuk di cuba. Hana akak minta izin ya c n p resepi ni kat sini untuk rujukan akak dimasa hadapan heheh. tq ya hana

Bahan-bahan
  • 2 batang carrot - potong2
  • 1/2 biji bawang holland@bawang besar - hiris2
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu butter
  • serbuk lada sulah
  • air secukupnyer
  • fresh cream - optional
  • garam
Cara-cara
  • Rebus carrot bersama2 air, kiub pati ayam dan juga bawang besar hingga carrot empuk.
  • Bila dah empuk, blend semua skali dan masukkan smula ke dalam periuk dan masak smula. Guna api kecil sahaja.
  • Masukkan serbuk lada sulah, butter dan juga garam sedikit. Tambahkan air jika sup terlalu pekat. Didihkan.
  • Hidangkan panas2 dengan roti garlic, roti focaccia atau apa sajer roti. Juga enak di makan begitu saja.

4 comments:

....fuyoo...nie yang jeles nie...kak Ros dulu yang buat..tinta baru cadang2 nak buat juga sup nie....yummyyy...
 
akak mendahului tinta ke..hehehh seronoknya jadi peserta kedua...tinta jadi yg ketiga . sedap tinta baik cuba
 
sue nak sup nih semangkuk lah kak..mesti sedap akak buat nih.hehe
 
ala sue ni malu je akak...kalo sue buat pun jadi gini gak, sbb guna kiub ayam je tu..tp mmg sedap sungguh
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...