Salam dan selamat pagi buat semua....2, 3 hari ni, KL ni asyik hujan atau mendung je, agaknya tempias dari banjir di sekitar pantai timur kut, tempiasnya sampai juga ke KL ni. Lauk ni ari tuuuu lagi buatnya. Kalo sebelah Klate mmg terkenal ngan nasi berlauk di pagi hari selain dari nasi kerabu. }~
Cara masak gulai ni pun simple je, akk buat karangan je kat sini ekkk, Ikan aya tu direbus terlebih dahulu dengan garam , asam keping dan sedikit nisan, gunakan sedikit air sahaja.
Tumbukkan bawang merah 4 ulas, 1 ulas bawang putih bersama 5 hiris lengkuas dan sedikit kunyit hidup, sedikit cili giling. Masukkan kedalam periuk bersama santan yg agak pekat ( 2 1/2 cawan ), masukkkan garam, sekeping asam keping, gula atau serbuk perasa. Pas tu masukkan ikan serta cili api siam atau apa2 cili atau timun. Masak hingga kuahnya sebati n pekat..
Kalo kuahnya pekat lagi sedap..sedap dimakan dengan nasi panas dansedikit sambal......
Akk buat 4 keping ikan aya. Jadi bahan2 diatas tu untuk ikan sebanyak ni, anak2 mkn kuah je..ikan tak berapa suka pulak.
Saturday, January 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
kalau digoreng ikan kembung ke talapia ke.baru lah dimakan..tu pun kena goreng sampai garing..
http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/aku-tak-berniat.html
http://apai77.blogspot.com/2011/01/peraduan-promosikan-program-affiliate.html
Post a Comment