Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 24, 2011

NASI BERINGIN @ NASI SERAI

Salam buat semua..nasi serai ni akk masak hari sabtu semalam. Resipi yang simple dan rasanya teramat sedap. Memaang betul masa masak tu bau harum semerbak. Terima kasih buat Syidamustafa@Myresepi, kerana berkongsikan resipi yang best ini. Minta izin copy n paste resipinya kat sini ya. Ramai yang mencuba nasi serai ini tapi akk lebih suka ambil resipi di myresipi. Terima kasih myresipi yang banyak membantu akk dalam masak2}~


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 cawan beras biasa
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang besar (yang kuning)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5~6 Batang Serai
  • 1 sudu Besar marjerin
  • Air untuk menanak nasi
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
  2. Titikkan serai
  3. Panaskan periuk dan cairkan marjerin
  4. Tumis dahulu jintan kasar
  5. Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
  6. Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
  7. Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba

akk mkn ngan kari ayam dan ayam masak merah

4 comments:

salam kak..wangi nasi ni sampai ke rumah saya...mintak skit kalau ada lebih..:-)
 
sala..
wanginya tu smpai ke sabah ni haaa...
 
sedapnya kak...berbau harum serai dh ni...saya bw pinggan nk tumpang mkn dh ni...hehe btw happy belated birthday kak...semoga dimurahkan rezeki selalu dn happy2 selalu..:)
 
aduh laaaa... best kalau makan buka puasa nanti

http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/rindunya-ya-allah.html
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...