Salam buat semua, semalam 23.1.2011 akk n famili sempat jenjalan kat bukit fraser. Pertama kali akk sampai kesini tahun 1998,masa ni tak ada apa yang menarik di sini cuma menara jam sahaja yang best. Kali kedua akk kesana lagi pada penghujung tahun 2008. Dan semalam akk kesana lagi 2011, kali ini bukit fraser banyak perubahan. Ada taman2 yang cantik sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga, selain kediginan yang sangat sejuk. Dulu2 masa akk pergi tak terasa sangat sejuknya, tapi kali ini mmg sejuk sangat. Kedai2 makan dan cafe pun banyak. Kalau sekadar ingin bersantai bersama keluarga ianya amat sesuai, tapi kalo untuk berhibur dan membeli belah bukan ini tempatnya.
Perjalan dari rumah akk kesini lebih kurang 2 jam, dengan jarak 100 km, itu pun akk ikut jalan lama iaitu melalui Rawang dan Kuala Kubu Baru pas tu sampai lah ke fraser. Apabila sampai di puncak iaitu persimpangan ke Raub hanya laluan sehala sahaja dibuka. Semalam akk sampai tepat2 kul 1.30pm terus dapat naik keatas, akk rasa dalam 10km. Masa ni orang yang akan turun kena tunggu sehingga kul 2.00pm baru jalan turun pula dibuka . Ini bermakna waktu turun seperti kul 1,2.3,4 dan seteruanya dan waktu naik 1.30, 2.30,3.30,4.30 dan seterusnya. Ini untuk peringatan akk juga nih mana tau suatu hari nak kesana lagi. Sapa yang tak pernah sampai kesana meh kita tengok keindahan errr bukan keindahan gambar kami }~
Masjid kat sini teramat bersih..dapat pengiktirafan gred A tahap kebersihannya. Telekong pun bersih sangat
Abah bersama 3 teruna sunti heheh
Mama bersama 4 anak dara
7 beradik didepan menara jam yang paling popular kat sini
Anak2 posing maut tuh hehehe
Depan food garden
Ada juga pokok stoberi kat sini..dulu2 mmg tak jumpa pun
Ada taman permaianan untuk anak2 penggemar buaian mcm anak2 akk, nmpk taman tuh rupa mcm org tak pernah main taman je
Maaf lah ya model2 tak berbayar posing gitu le jadinya
Monday, January 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
akak memang kurang suka pergi jalan2 ke tempat2 tinggi ni..tak tahan.sakit telinga..
genting pun sekali akak naik..tu pun..terpaksa..sumbat minyak angin ditelinga..sakit sangat..
harusku usulkan kat en somi ni..
nih baru kuar abis...
seronoknya dpt tgk kuarga akak..hihi..tumpang seronok ni haa...
best dpt tgk akak ceria jer tuh..nengok abe akak pun 1st time gak nih.lebih kurang je pesen kita ngan hb kak..smpai paras tinger jek..hihih
best laa jalan2 seisi kuarga gi freser hill..ada waktu turun naik rupanya yer kak..kalo ada emergency nak beranak mesti kelam kabut..haha...dah sarat sibuk gak nak gi freser hill..
amboiii teruna sunti..ensem2 belako.x lama laaa akak dpt menantu kang..oopss!hee..
anak2 dara lak mmg comel2 laa haii...mcm mama jek..syg jer ngan adik ekk..
tu anak dara paling kecit tuh kalo dpt,kenyang auntie gomoll..gewammm!huhuu..
eh,sori kak..terpnjang lak komen nih..dah cam blog sndirik dh kak..haha..dah gamba byk,komen pun harus byk gitu..ekeke
Emmmm..dpt nengok gambar akak and family.. Akak naik fraser hill tu tak mabuk ker??? Aiiiii..kalau Naz sure dah muntah2 dah heheheee...Tak tahan jalan mcm tu.. Dulu ada pergi gak masa time2 belajar di KL..
Kak, Naz dah buat homework.. Akak dah buat ke belum ;)
http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/belog-baru-bakal-dimulakan.html
Post a Comment