Buat sendiri best, bahan2 pun senang je kalo ada, kalo tak ada keledek n tepung tak jadi juga cekmek. Adawiyah suka sangat kuih ni, kalo beli 5 biji rm 2.00 dia boleh habiskan sorang ( cekmek yg beli ni sedap tapi kecil yang amat ) . Bila dia dok tanya2 bila mama nk buat kuih tu yg bby mkn byk tu hehe.
Hari tu tgk Linapg pulak buat, lagilh dia nk mkn, Jumpa je keledek terus akk beli n peram gak kat umah 2 ,3 hari hehehe. Untuk mendapat cekmek yg lembut, air tidak diperlukan untuk adunan ini.
CEK MEK
sumber : linapg
Bahan-Bahan (10 biji)
- 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)
- 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
- Gula putih
- Minyak masak
- Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu byk tepung, nnt kuih akan menjadi keras).
- Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat2 (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
- Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
- Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA
Akk buat 2 adunan, banyak juga dapatnya
Hati2 kalo makan masa panas boleh melecur lidah..tunggu suam2 kuku baru selamat untuk dimakan
15 comments:
boleh cuba ni..nampak senang aje..
nak kena cari keledek dulu..terima kasih rosa.
MAI LA MAI LA : Jom Rileks2
ke rasa dier lain kak?
Post a Comment