Assalammualaikum dan salam ceria buat semua sahabat handai, rakan taulan di alam maya ini. Donut labu manis ni memng sedap dan gebusss je. Hari ada akk beli labu lebih dua minggu dok peram lam peti ais tu, sebelum rosak, akk cari2 resipi, tapi semua cam susah dan yang mustahaknya tak berapa ada angin rajin nak godek2 tu. Mula tu nak buat kuih koci labu, alasannya malas nak bungkus membungkus pula...pas tu nak buat macam2 tapi alasan pulak macam2 datang heheh.
Jadi kali ini akk ambil resipi dari myresipi@kakbesah. Sebenarnya nak buat apa2 kuih kalo tak ikut adunan pun ok je, tapi kena pandai2lah asalkan jadi adunan..takkan buat donut adunan cam kek kan. Sebenarnya akk tak timbang pun labu tu, sebiji tu akk rebus pas tu lecek2 dan tambah bahan2 lain tu, pas tu boh gandum sedikit demi sedikit, alhamdulillah menjadi dan gebuss je donut tu.
DONUT LABU MANIS
Resipi : Myresipi@ kakbesah
Bahan-bahan ( 55 bj )
1 kg tepung - tak sampai sekilo
11/2 peket yis aegera mauripan(16g)
2 sudu besar susu tepung - tak letak pun
1/2 sudu makan garam
300 gm labu yg tlh direbus empuk - akk guna sebiji labu kecil
3 biji telur besar - 1 biji besar
1/2 cawan gula
1 cawan rata majerin
castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut
akk tambah 1 sudu besar softener
Cara-cara
1. gaul rata tepung, susu & yis.
2. menggunakan blender cili, kisar telur & gula hingga hancur.
3. campurkan labu rebus, blend lg.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam & majerin, blend hingga sebati.
4. campurkan bahan2 yg dimesin ke dalam tepung & uli hingga menjadi satu doh yg kenyal & licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli td)
5. biar doh mengembang lebih kurang 1 jam.
6. pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung.
7. bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak kedua2 bahagian.
bila telah keperangan, angkat & tos kan donat. semasa masih suam2 golek2kan kedalam gula .
comel je kaler kuning tu
Thursday, April 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
err...teh o panas satu!
singgah la ke blog saya ;)
-Zu
http://www.zuwairiaiman.com
Post a Comment