Resipi ni akk cn p dari HANA, yang lama telah meyepikan diri tu harap2 hana n famili sihat ya, agaknya sibuk ngan tugasan setelah balik ke Malaysia.
APAM DOT DOT
resipi asal : myresipi@lilydvalley
dikongsi oleh : hanamemories
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum - 21/2 cwn
- 220 gm gula halus - hana kurangkan - akk guna 1 cawan
- 150gm susu segar - guna susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - tak boh anak2 tak suka
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Nota penting dari embunrosaliza pada yg baru nk mencuba :~ Mangkuk kertas ini hendaklah diletakkan didalam acuan lompang atau acuan yg besesuaian, kalo tidak jadilah apam leper atau apam tido, ini berdasarkan pengalaman akk yg tak teliti baca resipi asal. Bila apam ni diletakkan dalam acuan lompang mmg cantik je kejadiannya
walaupun tak secantik dot dot org lain, puas hati anak2 suka mkn apam ni, mkn punya mkn, tinggal yg je sempat snap pic, yg elok sikit dah selamat dingap, ini loyang terakhir kukus je, jd lh mcm2 pesen
14 comments:
mesti sedap alau anak2 siap mintak buat lagi tu.
Cantiklah kejadian apam ni.Mmg sesuai ngan namanya apam comey inti kelapa kan?Tp yg ni diberi surat sumpah tuko nama hehehe
Hihihiii..tomel2.. Anak2 Naz pun suka apam ni tp Ummi dia yg malas nak buat dot2 tu..hehehe
Post a Comment