Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengujung blog embunrosaliza. Lama rasanya tak ada n3 baru, maklum lah anak2 cuti sekolah seminggu semperna Depavali. Bila dah cuti2 tu, pagi2 nak kena buat bf yang berat2 sikit sementara menunggu makan tengah hari. Dan bila cuti2 gini, ambil kesempatan berjalan2 juga lah, bila berjalan dengan dak kecil Amani, badan pun terasa sakit2 juga lah, dia makin lasak la ni, tu yang akk kata macam nak demam je, heheh tapi sampai hari ni pun tak demam sihat sejahtera je ni, alhamdulillah. Hari ini tak kemana my abe keja pagi huhu.
Panjang betul mukadimah hari ni. Berbalik pada n3 pagi ni kek batik cream crackers. Bila tengok ramai yang buat kek batik gini, akk pun mencuba juga tapi mengguna kan resipi kek batik dot dot, sebab resipinya simple dan semua bahan2 pun ada. Cantik je kejadian, dan rasanya pun sedap. Nak buat pun sekejap je, lagi pula bila guna biskut tawar gini, rasa best pula, rangup2 biskut tu tak terjejas langsung.
KEK BATIK CREAM CRACKERS
Source:Pn Zuriana Abd Latip KR(fb) &Kak Am@serojakitchen.blogspot.com
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
BAHAN2NYA:
½ buku buttercup
2 cwn tepung gandum
2 biji telur
½ cwn gula
½ cwn milo + ¼ serbuk koko
½ cwn susu pekat
200g biskut jejari - secukupnya biskut tawar besar @ cream crackers
CARANYA
Pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati
masukkan milo + serbuk koko & tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
kemudian masakan dlm kuali dgn api yg perlahan sehingga bertukar warna dan
dikacau selalu.
untuk melapis kek batik ni akk menggunakan kaedah kek batik coklat resipi bakewithmilla , iaitu :~
Alas dasar loyang dengan plastik, lepas tu susun biskut, kemudian letakkan sedikit adunan tu ratakan . buat selapis demi selapis.
Biasalah akk buat jadi 3 lapis je.
pic kelabu sikit, mcm terlebih cahaya je
Sekali tengok macam kek lapis holiday inn resipi hasue je. Kek ni Akk letak dalam frezer kejap pas tu terus potong je.
p/s semalam Linapg sms , dia n famili sihat2 saje di Beijing. Dan buat pengantin baru Alla n Azmi Enjoy ur holiday ya..
Friday, October 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
amboi..bercuti sakan kak lina ekk..mesti seronok tu..
Post a Comment