Salam ceria di pagi sabtu yang permai ini, sunyi je dapur blogger kita di hujung minggu gini. Pagi ni akk masak nasi lemak halba, buat untuk sarapan dan mkn tengah hari sekali. Petang ni cadangnya nak pergi ke stadium hoki pantai, lama dah rasanya tak tengok anak2 buat latihan kat situ. Pas tu terus ke pasar malam di Pantai Dalam, tapau untuk makan malam heheheh, pandaikan, dapat santai2 sikit depan pc.
Menu gulai siput macam ni memang menjadi pujaan anak2, mana yang tak makan siput pun kuah membanjiri nasi. Suka tengok anak2 mkn dan ratah siput ni.
GULAI SIPUT
Resipi : embunrosaliza
Bahan- bahan
1/2 kg siput - di potong ekornya
1/2 biji kelapa
1 labu bawang besar*
1 keping asam keping
2 inci lengkuas muda*
1 inci kunyit hidup*
sedikit daun kesum
cili hijau
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1. Potong hujung siput lepas tu basuh bersih2 dan toskan.
2. Blender bahan bertanda * hingga hancur
3. Perah kelapa menjadi santan yang agak pekat. Akk guna blender pas tu blend kelapa parut tadi , baru di perah santannya.
4. satukan kesemua bahan2 didalam periuk kecuali siput. Kacau hingga mendidih dengan api yg sederhana
5. Apa bila mendidih, masukkan siput, kacau2 seketika hingga mendidh seketika. Padamkan api.
nota : sekiranya suka pedas boleh di letak cili kering atau cili api semasa blender tadi
selamat menjamu selera buat semua
Saturday, October 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
pernah nak cuba masak sekali..kawan kayta..gulkan dengan kelapa parut dulu..sekalu akak kedapur bali..tengok..bekasnya dah hampir kosong..siput dah merayau serata dapur sampai ada yang dah panjat dinding dapur..
eh..panjang pulak komen..maaf ye rosa..lepas tu memang serik dah tak pernah beli siput lagi.
Siput sedut bendang dan sungai ada org jual tak? Yg ni siput paya bakau kn??
klu g psr rmdhn menu wjb beli..hehe..
tp cara masak kt cni ngn yg akak masak x sama..
kompom mst sdp yg akak bt lg.
Post Ngeri
Post a Comment