Saturday, October 22, 2011
KEK OREN BLANDER
Assalamualaikum buat semua, sebenarnya dah lama buat kek oren ni, tapi nak juga tayang kek yang simple ini, dan semua orang boleh membuatnya, kalo tak ada oven boleh juga dikukus, tapi akk tak pernah lah kukus cuma ada baca blogger yg kukus elok je kehasilannya.
Tak payah cerita panjang jom tengok kek oren akk ni. Resipi hasil ciptaan kak fida myresipi
BLENDED ORANGE CAKE
Sumber : myresipi @kakfida
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 bji buah limau - akk letak 11/2 biji oren
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - akk letak 1 cawan
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
1.Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2.Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3.Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak - akk bakar 30 minit suhu 150c
sekejap je bakar kek ni dalam 30 minit dengan suhu 150c
oren yang akk gunakkan, kaler tua pekat sikit, kalo akk panggil oren mandrin, yg kat botol oren sunquick tu.
Sekejap je buat ni, akk potong pun masih panas2 lagi, sebab lepas buat tu nak pergi ke sekolah dan bagi anak2 n kwn dia mkn,
p/s tadi Eqa call katanya game hari ni kalah, semalam menang 1 game,seri 0-0 1 game, nampaknya tak dapat masuk akhir la tu, takpelah janji penyertaan dia dan dapat sijil
Posted by
EmbunRosaliza
at
Saturday, October 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
Naz jer yg lom buat2 lagi kek yg senang sangat ni. Kalau dah senang tp tak buat lagi tu, maknanya..malas lah kan...hehehe...
Kek fav ramai nih... senang nak buatnya kan... nurul pun ader try jg kek ni dulu.. :)
Saya baru berkira2 nak buat kek ini. Tadi beli 10 biji oren kat ropewalk. Hehehe dalam kepala macam2 nak buat tapi bila nak menjadi kenyataan tak tahu le.
Kak thanks atas kata2 semangat sekarang ni dah ok sikit lepas luahkan apa yg terbuku selama ini
thanks kak
Hr ni en daun tak nak komen pasal kek sbb dh ramai yg bg komen ikhlas tu. En daun nk komen pasal ejaan blander tu.. Yg betoinya, blender bkn blander. Terpaksa potong 8 markah krn kesilapan ejaan..haha..
Teringinnya nak buat... tapi oven rumah Nida ni mengong.. pinjam oven rumah akak boleh??? :)
takpe eqa..kalah pun semangat tu yg penting!skill pun mesti makin mantp tu
Post a Comment