donut ball yg tak berapa nk ball hehe
DONUT BALL
Resipi : Myresipi@ syuhaiza
kongsi bersama : embunrosaliza
Bahan-bahan ( 3 orang makan )
3 cawan tepung gandum
1/2 pack mauripan
1 sudu susu pekat
2 sudu marjerin
sedikit air
gula aising
minyak untuk menggoreng
Cara - cara
- muripan di bancuh dengan air dan ketepikan
- satukan tepung, susu, marjerin dan muripan tadi
- uli dengan air. masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi cantik dan lembut. sekiranya doh tak menjadi tambah marjerin sedikit dan uli lagi sehingga nampak cantik
- bulat2 kan doh menjadi ball dan letak diatas dulang yang telah disapukan dengan minyak supaya tidak melekat sementara menunggu doh naik
- biarkan doh dalam 10 minit dan goreng
- gaulkan donut yang telah digoreng dengan gula aising. kalau tak ada gula aising, gula kasar pun boleh tapi di blend dulu.
- dah siap untuk dimakan. selamat mencuba
17 comments:
x suka yg ditabur gula sebab suka makan donat ball ni cicah ngan kuah kari ... he33
Cutenya kuih donat ni....nnti nak try buat jugaklah...
tapi buat gini bebudak syok je nak mkn kan..mak budak pun leh terjoin skali nih mkn byk
Post a Comment