Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 7, 2011

PUDING KASIH BARTAUT

Selamat ptg but semua, puding kasih bertaut, nyaman masuk tekak. terima kasih buat NAZ yang mencipta resipi puding yg sedap ini


guna warna purple n pink, lupa lak nak snap gambar yg dh potong

PUDING KASIH BERTAUT
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan 
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 tsp sirap Rose
2 tsp perisa pandan + pewarna hijau - akk guna kaler purple

Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut.  Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.  Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!)  Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan.  Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.  

Bahan-bahan B :
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari peket agar-agar di atas tadi)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

NOTA : dari NAZ cute oven small kitchen

  • Resepi di atas tu Naz cuma guna sepeket serbuk agar-agar 10 gm yang dibahagi dua untuk bahagian A dan juga bahagian B. Kalau nak senang boleh guna sepeket 10 gm untuk setiap bahagian agar-agar tapi jangan lupa doublekan bahan-bahan lain dalam resepi tau!. 
  • Resepi di atas ni Naz dah update supaya agar-agar bahagian A digunakan sepenuhnya bersama agar-agar bahagian B. Jadi tiada agar-agar bahagian B yang lebih bila menghasilkan puding ini. Boleh rujuk di sini untuk resepi terkini PUDING KASIH BERTAUT TERKINI.

15 comments:

wah! samalah dgn dessert kita..
 
september lepas ramai blogger masakan buat dessert ni, kenyang Amie makan dari rumah ke rumah... nampaknya bersambung lagi di rumah Rosa... he hehhhe tak mahu lepas peluang....nak makan jugak. Sedapnya!
 
kak rosa..aduhai..baru semalam rasanya duk tilik puding ni kat dapur k.nor..dalam hati duk berkira2 nak buat..nampaknya k.rosa mendahului keinginan suri huhu...mintak skit kak
 
amboi rajinnya wat puding kaler maler ni.Mesti budak2 suka.Hmm kalau ada gambo yg dah potong mesti lagi cantik kan?
 
Assalamualaikum kak,puding nih sedap kan,sy pon dah try,menarik kan,kalo wat hantaran pon sesuai nih..Sy wat dlm mould kecik2 sbb malas nak potong,hihi..
 
assalam rosa.nama pun dah sedap puding ni..kalau mkan lagi le sedap ni..tambah2 masa sejuk2 tu kan.
 
as-salam
berseri2 puding kasih bertaut tu..cantik!!
 
mesti sedapkan...nnpk pun dah menarik...kalau makan lagi la..
 
lama nani duk tenung acuan tu...rupenye bentuk anggur ye? pasni nak cari jugak la acuan cantik2 ni...
 
cantik puding nieeee..
 
comel...mcm respbery hitam ngn merah..
 
Assalamualaikum kak...

Wahhhh...menariknya warna puding ni..seindah namanya...
 
salam kakrosa....cantik la letak kaler purple tu...suka tengok...:)
 
sedapnya tgk!...saya belum try lagi ni..:)
 
wahh akak dah buat yer..cantikk! aritu buat tuk bw gi sekolah..lenkali nk gak buat lg..hehe
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...