Sunday, October 9, 2011

APAM DOT DOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Kali ini buat betul2 versi dot.dot. Kali ini satu pun akk tak letak intinya, sekejap je mkn buat sarapan, siap minta buat lagi, hari tu buat letak jem stoberi , mmg tak laju mknnya. Best je mkn masa suam2 tu


Resipi ni akk cn p dari HANA, yang lama telah meyepikan diri tu harap2 hana n famili sihat ya, agaknya sibuk ngan tugasan setelah balik ke Malaysia.




APAM DOT DOT
resipi asal : myresipi@lilydvalley
dikongsi oleh : hanamemories


Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum - 21/2 cwn
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan - akk guna 1 cawan 
  • 150gm susu segar - guna susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) - tak boh anak2 tak suka
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:

  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).

Nota penting dari embunrosaliza pada yg baru nk mencuba :~ Mangkuk kertas ini hendaklah diletakkan didalam acuan lompang atau acuan yg besesuaian, kalo tidak jadilah apam leper atau apam tido, ini berdasarkan pengalaman akk yg tak teliti baca resipi asal. Bila apam ni diletakkan dalam acuan lompang mmg cantik je kejadiannya
walaupun tak secantik dot dot org lain, puas hati anak2  suka mkn apam ni, mkn punya mkn, tinggal yg je sempat snap pic, yg elok sikit dah selamat dingap, ini loyang terakhir kukus je, jd lh mcm2 pesen

14 comments:

assalam rosaliza..apa ada pada rupa..yang penting rasa.
mesti sedap alau anak2 siap mintak buat lagi tu.
 
dh lama nk nerai wt apam dot dot ni... nk kna tggu ade mixer dlu la..
 
haishhh...selalu buat apam dot2 jadi kembang semangkuk...walaupun guna api yang paling minima...tensen toi tgk orang buat jadik aje
 
meriahnya apa...cantik pulak tu..trimakasih krn dpt berkongsi..
 
Assalamualaikum kak,budak2 mesti suka bila tgk apam nih ngan kale yg penuh ceria kan..Comey2 tecik2 jer apam akak ni..
 
assalam kak rosa..kalau wat kuih apa pun bila anak2 mkn,mseti kita suka kan?Pernah wat apan ni berzaman dulu (time tadak blog lagik)tp anak2 kureang mkn.Tu yg malas..
Cantiklah kejadian apam ni.Mmg sesuai ngan namanya apam comey inti kelapa kan?Tp yg ni diberi surat sumpah tuko nama hehehe
 
Assallamualaikum kak Rosa..
Hihihiii..tomel2.. Anak2 Naz pun suka apam ni tp Ummi dia yg malas nak buat dot2 tu..hehehe
 
rasa dia manis2 buah ke?dh x ingt rasa apam2 ni..hehe
 
xde pulak acuan lompang ni...erm...guna bekas plastik yg kecik2 tu pon ok la kot kan? teringin nak buat...
 
Sekali tgk mcm kepala cendawan yg tak leh mkn tu...haha...
 
klu thu akak bt bf td pg2 lagi alla dh g ketuk pntu rmh.hehe
 
comelnya apam tu..mcm2 warna....Mp mmng suka makan apam ni, tapi malasss nak buat...kena merajinkan diri ni...
 
alahai comelnya apam dot dot akak ni..naik elok jer.
 
tak pernah lg men'dot2' kan apam kak..hee... pk byk kali nk buat apam kat umah ni..tp nanti kalo rajin nak gak try..tuk bw ke surau ke..opis ke..sekolah ke..hehe... dah elok dah dot2 akak tu ha,,yg penting budak2 suka mkn..mesti smngt je kite nak buat kn
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...