Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Friday, July 5, 2013

DONUT MAYO @MAYONIS

Assalamualikum,pertama kali buat donut mayo ni, best juga lembut je. Sebenarnya dah lama sangat buat donut ni, simpan resipi kat draf , tak boleh nak mengarang banyak memang dh lupa apa ulasan anak2, yg pasti donut ni habis dimkn heh, terima kasih pada semua



DONUT MAYO
Resepi : Ros jintanmanis.com
Sumber: Anna Qawina & Izahdaut
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahannya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis (ros guna mayonis kimball,Ana guna Jasma Mayonis)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti. >hasue blend gula+tepung susu untuk saduran donut

CARA-CARA :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. -hasue guna kaedah INI(klik)

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba

Rasanya buat masa my abe kat India hari tu lagi, tgk tak ada gambar dkt kamera, nasib baik ada juga terselit dlm handphone gambar ni

5 comments:

Assalam kak rosa..dah lama tak buat donut.Rasanya yg last buat rcp kak besah...
Nampk gebu gebas donut mayo ni...mesti lagi sedap bila letak mayonis kat dalam tu..
 
sodap ni...suka sangat...kita pernah try gak..memang lembut n gebu..
 
mcm nk buat jugak..tapi last week dh mendonut..later2 blh lah buat..tuk pose ni..
 
salam kak rosa..anak2 suri cukup suka donat,,masalahnya maknya tak reti nk bentuk donat bagi cantikk..kak bg petua skit :-)
 
Lama tak buat donut :)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...