Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 6, 2019

BELACAN BAKAR HOMEMADE

Assalamulaikum, pernah ke puan2 membuat belacan bakar homemade. Senang saje utk membuatnya. Dulu2 asal pergi je Melaka mesti nk beli belacan bakar yg serbuk tu rm 5.. botol kecil je, sekejap je guna dah habis. Nak sampai ke Melaka tu bukannya dekat.

Jadi untuk selesaikan masalah belacan bakar habis stok kita buat sdiri. Kat rumah ni jiran2 selalu bagi belacan segar yg basah dan ada juga yg kering.

Jomm buat belacan bakar kat dapur masing2, bau semerbak harum.

 BELACAN BAKAR
Cara2
1. Beberapa keping belacan, jika yg tebal dan lembab tu sangai atas api dapur gas sekejap supaya cepat kering masa proses mengoreng belacan nnt.
2. Panaskan kuali, Masukkan belacan ke dlm kuali dan hancur2kan guna garfu atau sudip besi sambil di kacau.
3. Tunggu sehingga belacan kering dan hancur semuanya.
4. Siap. Tunggu hingga sejuk kemudian simpa  di dalam bekas kedap udara. Letak di luar sahaja, insyaallah tahan lama sehingga habis.
5. Selamat mencuba

 Beranika jenis pesen  belacan, ada yg basah, ada yg kering, kita campur sekali je, cuma yg tebal dan basah tu kita bakar atas dapur gas sekejap dgn cara cucuk pada garfu dan bakar
 Setelah hampir kering ada sikit ketulan2
Taraaa siap belacan bakar kita

INDAHNYA CIPTAAN ILAHI

WW

















Tuesday, November 5, 2019

Puding Roti Karamel Sedap

Assalamualikum dan salam sejahtera, ada roti yg hampir tamat tempoh, jangan membazir, blend je bersama tlor dan susu lps tu kukus siap enak di mkn sejuk2.

Resipi puding roti ni zaman dulu2 masa ada myR sangat popular, selepas tu dh mcm2 di olah ikut selera masing2.

 Mulus bila di tambah tepung jagung


PUDING ROTI KARAMEL
Resepi : Embunrosaliza

Bahan2nya

  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ boleh letak 1 cawan susu cair utk tektur yg cantik
  • 3/4 @1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1 SB tepung Jagung
  • esen vanilla

Cara- cara

  1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus..kemudian ketepikan. 
  2. Panaskan pengukus..... 
  3. Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu manis  serta tepung jagung
  4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu  
  5. masukkan esen vanilla. 
  6. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang  gula hangus dan kukus sehingga masak. lebih kurang 30 - 40 minit.
P/s Cara paling senang masukkan semua kedlm blader kemudian blend sehingga halus . Kemudian tuang ke dlm loyang kukus hingga masak.

Guna loyang 6 inci untuk mendapatkan puding yg cantik dan tinggi.

Sedap di mkn sejuk2

Monday, November 4, 2019

ShellOut Sedap

Assalamualikum buat semua  baru2 ni masa famili day famili my abe, ada termasuk menu shell out, saya ni x pernah pula masak shell out sdiri, tp mkn selalu juga la.. boleh la rasa mcm mana shell out ni, ala2 kam heong.

Alhamdulillah tumisan atau kuah menjadi dan menepati citarasa semua... risau juga takut x sedap malu la ai.

Kuah siap2 masak awal2 kat rumah lps tu frozen kan.. sampai Ganu hanya tambah aor rebusan udang dan ketam je.

Ada juga hikmah masak terus kat rumah, sbb homestay yg kami sewa tu kurang lengkap keperluan dapur, byk yg x ada.

Lagi pun kuah shell out byk nk guna bahan2. Serata pasar nelayan kami cari seafood semua x jual yg ada hanya ikan. Jadi mlm pertama kami bakar ayam, pun yg di perap awal2 di rumah, kemudian beku ka  aje.

Keesokan hari pagi2 lagi keluar mencari seafood kat pasar nelayan, rupa2nya pagi dia org x  buka lagi. Hasil dr google dan tanya org maka sampai la kami ke Pasar Chabang 3, mcm2 ada, cuma lala dan kerang org tu buka pukul 9, kami x tunggu guna mana yg ada je utk shell out.






RESEPI KUAH SHELL OUT / SHELLOUT SEDAP
senang dan sedap ! insyaAllah
Sumber : FB senangnya Masak
Di cuba dan Olah : rosaliza@syazaliza
SUMBER : DISINI


Bahan A (kisar)

Segenggam cili kering - blend
1 sudu besar serbuk kari Ikan
1 labu bawang besar
5ulas bawang putih
Udang kering - rosaliza tambah
Sedikit Belacan - rosaliza tambah
Lada hitam - 1 sudu teh rosaliza tambah

Bahan B (hiris nipis)

1 Labu bawang besar
5 Ulas bawnag putih
5 Helai daun kari - 10 tangkai
5-10 biji cili padi (ketuk)
2 batang serai .

bahan lain
Sos tiram 3 sudu
Sos ikan 3 sudu
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh air limau - lupa nk letak
gula
garam
Sos lada hitam - rosaliza tambah
Serbuk secukup rasa - rosaliza tambah

cara2
1) Tumis bahan B dngan minyak dan planta (mix tau bgi sedap) . lepas tu masuukkn bahan A . masak smpai garing .

2) Dah garing masukkn bahan lain . perasakan bagi sedap . tak payah letak air sbb nnti seafood akan keluarkan air .

* dah siap masukkn seafood . lepas tu asingkan seafood tu . tggalkan kuah dan pekatkan kuah dengan tepung jagung sikit  ( rosaliza x letak tepung jagung )

* lepas tabur shell out atas plastik baru tuang lebihan kuah atas tu . mmg sodappp oii !

* *seafood tu nak sedap please kukus tau ! supaya manis x hilang .
** brokoli , jagung , carrot rebus dulu ya dgn minyak bagi warna cantikk huhuhu

kredit resepi ini kepada ‎Myra Suhaimi‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

nak lagi resepi ? jom like senangnya masak.

Rosaliza celur sekejap dlm air mendidih .
Sayur celur tambahkan sedikit garam.

Resepi ni secukup rasa, sedap.


Wednesday, October 30, 2019

Ayam Kam Heong Simple

Ayam Kam Heong.. kam heong bermaksud 'berbau wangi '.. kali pertama buat ayam kam heong x snap gambar pun.. ank2 cakap sedap sangat mama masak hahhaha..

Kali ni buat lagi cepat2 snap pic.. resepi simple dan ank2 pula suka.. mama lagi la suka. Memasak pun x byk bahan, memang simple tetapi sangat sedap.. ada rasa ala2 shellout.

Terima kasih tuan punya resepi, hasil dari google.

 Sempat masuk mangkuk.

Snap dr kuali buruk dr x ada gambar baik ku snap awal2
Ayam Kam Heong Simple
Di cuba : syaza Liza @ rosaliza

Bahan-bahan :

  • Ayam ½ ekor,
  • 2 biji bawang besar/hollad potong dadu,
  • 3 ulas bawang putih ketuk,
  • 3 tangkai daun kari,
  • 10 tangkai cili padi merah/hijau belah dua,
  • 2 sudu makan rempah kari ayam bancuhkan,
  • 2-3 sudu makan sos tiram,
  • 2-3 sudu makan sos cili,
  • 2-3 sudu makan kicap manis,
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara :


  1. Mula-mula goreng ayam, ketepikan.
  2. Lalu tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan cili padi hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan rempah kari dan masak hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  5. Perasakan dan masukkan ayam. Gaul sebati.
  6. Siap.
Komen anak2 sedap sangat ayam ni.. tp tetap di panggil ayam kicap juga

Keropok Lekor dan Sos Pencicah

Assalamualikum dan salam sejahtera. Memandangkan kami baru saje blk dr famili day di Ganu Kite, x sah kan kalau x.beli kopok. Masa kat sana hari2 mkn kopok lekor.

Blk x bli byk pun kopok lekor, byk kdai dh tutup masa kami otw blk. Kopok keping byk juga la utk di bagikan pd kwn2 rapat.

Memandangkan sos x ada.. mula la mengoogle cari resipi.. tgk ada kat my rasa resipi sos.. buat pun sekejap je rasa sama yg mkn kat ganu.

Kopok lekor ada lagi baki satu bungkus sos dah habis ank2 mkn.
 Saya buat Sos sahaja, keropok lekor tu yg di beli ya
Sos yg siap di tapis nampak comel je tanpa.cili2 dan biji cili

Resipi keropok Lekor dan Sos pencicah
Resepi : my rasa.com
Di cuba : syazaliza@rosaliza

Bahan – bahan:

Keropok Lekor:
  • 1kg ikan selayang yang segar
  • 300 gram tepung sagu
  • 150 ml air sejuk dari peti
  • 2 sudu kecil garam
Sos:
1 cawan gula merah
  • 3 sudu makan lada kisar
  • Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
  • 2 gelas air
  • Rosaliza tambah sedikit tepung jagung

Cara – cara penyediaan:

Keropok Lekor:
  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dan garam bersama air.
  3. Uli bahan kisar bersama tepung sagu.
  4. Bentukkan doh memanjang dan taburkan tepung sagu supaya tidak melekat.
  5. Rebus keropok lekor sehingga terapung.
Sos:
  1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa.
  2. Biarkan sehingga mendidih dan pekat. Angkat dan hidangkan bersama keropok lekor.
Nak makan kena tapis dulu.. ini snap dlm periuk, baru nampak real buat hehhe

Wednesday, October 23, 2019

Santai Ride Bukit Larut @ Bukit Maxwell

Assalam dan salam sejahtera.. hari ini x ada menu masak2 kita bercerita pasal kisah kami team ride ke Bukit Larut.

Selesai sarapan pagi kat Hotel Sri Malaysia, kami bergerak ke Bukit Larut yg x sampai pun 2km dr hotel.

Sampai kat Bukit Larut dlm pukul 8.20 terus berkejaran ke kaunter tiket.. tp sayangnya tiket dh habis utk hari tersebut.

Rupa2nya org lain seawal 6.30am dh beratur utk membeli tiket naik ke puncak bukit. Tiket di sini tidak boleh di booking, tetapi hanya dgn beratur sahaja baru dpt tiket. Tiket pula Hanya utk 100 org sahaja sehari.

Mengikut jadual naik ke atas pukul 8.30 kemudian turun pada jam 11am. Mengikut sumber kekurangan kenderaan naik ke atas menjadikan faktor hanya utk 100 org sahaja dpt naik.

Kalau mempunyai stamina yg kuat dan sangup hiking boleh je naik ke atas, tetapi ambil masa selama 3 jam utk ke atas. Team Ride kami tidak mahu mengambil risiko. Hanya jln2 sekitar kaki bukit sahaja.









Seronok tgk keindahan alam semula jadi

Santai Ride

Friday, October 18, 2019

KEK MINYAK

Kek yg sentiasa buat tp sayang resipi tak tersimpan kat Blog tersayang.. nampaknya kena buat kek utk snap pic dan abadi resipi kat sini.

Gigih pagi ni siapkan kek minyak, boleh la buat mkn anak2 dua hari mama dan abah bermusafir.. semoga Allah permudahakn urusan kami dan sentiasa dlm lindungan Allah.

Save awal2 lgi resipi siap kek snap je gambar baru la cepat jadi N3

Saya ni dah terbiasa selalu copy dan paste dr blog kesayangan adinda saya Linapg
 Sebelum di bakar, setiap warna mewaki perisa
Taraaaa siap di bakar 40 minit.. panas lagi ni, belum di potong lg

RESEPI KEK MINYAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber MyR
Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor)
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan)
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 170'C
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  10. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Sebiji kek dgn pelbagai perisa.. suka pula ank2 ku di buat mcm2 perisa mcm ni

Wednesday, October 16, 2019

KETUPAT PALAS KELANTAN

Assalamualikum buat semua.. terlebih rajin pula sejak blk dr kampung.

Pada 11.10.19 bersamaan hari jumaat. Dapat panggilan dr kampung mengatakan sepupu meninggal secara mengejut. Kami satu keluarga blk, tapi x sempat pun jumpa dgn arwah sepupu. Damailah di sana Arwah Abe Ngah Jamal.

Berkisahkan pada ketupat palas, hari tu sempat juga la jenguk ke kampung tempat rumah lama kami adk beradik sebelum berhijrah ke Felda.

Maklum la hanya tinggal tanah je, rumah pun dh x ada.. jadi belukar dgn pokok paku pakis, tp pokok  buah2an asal tetap ada walaupun pokok dh tua dan tak terjaga, rambutan buah setar tetap setia berbuah walaupun x pernah ambil.. pokok palas pun byk tumbuh merata.

Saya ambil daun palas, bila byk rasa sayang pula sia2kan daun yg susah dapat ni. Maka terpaksa rajinkan diri bungkus ketupat palas. Anak2 pun suka pula makan ketupat inti serunding daging.

KETUPAT PALAS KELANTAN
Resipi : Rosaliza @ syazaliza

BAHAN2
1. 1kg Beras Pulut ( rendam 2 ke 3 jam )
2. 1/2 kg Santan
3. 11/2 cawan Gula
4. 1 sudu besar garam kasar
5. Daun palas secukupnya
6. Daun pandan
7. Serunding Daging

CARA2
1. Didihkan air, Kukus pulut bersama daun pandan hingga naik wap, lebih kurang 20 minit.
2. Panaskan santan bersama gula dan garam sehingga gula hancur dan tutup api, x perlu sampai mendidih.
3. Apa bila pulut masak, alihkan ke bekas atau besan yg agak besar.
4. Kemudian masukkan santan yg dipanaskan tadi.. proses ini kami panggil ARUNG... kacau sebati santan dan pulut... biar bergaul mesra.
5. Biarkan pulut sejuk betul2, lebih kurang 2jam.
6. Bila sejuk boleh la di bungkus dgn daun palas sehingga habis. Masukkan pulut kemudian masukkan sedikit serunding kemudian tutup blk dgn pulut.. bungkus kemas2.
7. Siap semuanya potong lebihan daun2.. dan di guna utk lapik bawah periuk.
8. Rebus ketupat dgn periuk yg tertutup. Air separuh periuk.
9. Rebus dlm 30 minit, kemudian keluarkan air dr periuk dan rebus sehingga air betul2 kering utk tahan lebih lama.
10. Siap boleh la di makan panas2 atau sejuk.

 Selepas di rebus
 Inti serunding
 Pokok palas dalam semak samun
 Daun palas, kena buka terlebih dahulu
 Amatur balut ketupat 1kg pun hampir 2 jam siap huhuhu.. mkn sekejap je
 Sebelum potong daun2 tu
Dah siap potong nampak kemas sikit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...