Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 26, 2020

KETUPAT PALAS KELANTAN

Assalamualikum, hari ni puasa hari ke 28, jumaat 22.5.2020, merajin kan diri buat ketupat palas serunding daging cara saya.

 Pulut yg di arung dgn santan
 Daun palas yg di buka terlebih dahulu
 Mula2 buat agak lambat sikit
 Pulut lps arung, sejukkan terlebih dahulu
 Tangkai panjang2, siap baru potong
 Hasil air tangan Eqa dan adik puteri. X tau ketupat versi negeri mana
 Siap potong tangkai, siap sedia utk rebus, lebih kurang sejam merebus dgn periuk tertutup
 Untuk di frozenkan
 Yg ni ada org nk beli, jual rm1 sebiji, tp mcm x berbaloi sebab berat 30 biji lbih dr lkg yg tepatnya 1479gram 30 biji
Siap di rebus dan siap utk di mkn

KETUPAT MANIS SERUNDING DAGING
RESIPI : EMBUNROSALIZA
Rujukan : Norly ExSMTM

Bahan2
2 kg beras pulut, cuci bersih dan rendam  4 jam
Daun palas secukupnya
1 kg Santan Pekat
31/2  Cawan gula.
2 Sudu Besar Garam
Daun Palas Secukupnya

Cara2
1. Didihkan air didalam pengukus
2. Masukkan pulut kukus sehingga masak 30 minit.
3. Masak santan bersama garam hingga mendidih dan agak pekat, masukkan gula kacau sebati dan mati kan api
4. Sejukkan seketika santan
5. Apabila pulut sudah naik wap, keluarkan pulut dr kukus.
6. Masukkan pulut kedlm bekas yg besar (besen )
7. Masukkan santan kemudian kacau sebati sehingga mesra dan santan meresap ke dlm pulut.
8. Bungkus ketupat sehingga habis
9. Potong daun atau tangkai yg berlebihan.
10. Gunakan tangkai yg di potong sebagai lapik atau alas di dasar periuk.
11. Susun ketupat didalam periuk
12. Masukkan air sehingga separuh ketupat.
13. Tutup periuk, rebus ketupat sehingga air hampir kering.
14. Kalau nk selamat apa bila air hampir kering, keluarkan air dr periuk, lps tu rebus blk sehingga air kering, masa ni jaga api dan ketupat jgn sehingga hangit ( tujuan utk keringkan air betul utk melambatkan ketupat dr basi.
15. Siap, sejukkan.
16. Sekiranya ingin frozen, lps bungkus masukkan ke dlm plastik, dan masukkan di tempat beku. Boleh di kukus utk mkn.
17. Siap.


Thursday, May 14, 2020

AYAM GORENG MAMAK SENANG

Dah banyak kali ulang tayang resipi ayam goreng mamak style ni, tp resipi x simpan kat sini lagi. Terima kasih tuan punya resipi, memang Jaddiii mcm ayam goreng mamak. Selalu perap utk dua kali mkn terus, lps tu simpan beku. Senang nk makan sahur baru goreng. Masa nk tdo kluarkan ayam, esok bangun sahur elok dh defrost


Resipi : AYAM GORENG MAMAK
Sumber : FB
Di Cuba oleh : embunrosaliz
 Tq tuan punya resipi.

Wednesday, May 13, 2020

PUDING ROTI MARBLE

Assalamulaikum dan selamat berpuasa hari ke 20. Hari ni ada idea msk kuih utk berbuka, makanya awal2 lgi siapkan puding roti marble ni. Sempat la nnt sejukkan. Agak lama juga x buat reipi ni, kdg2 buat lupa snap pic. Jadi bulan puasa ni msk.awal ada masa snap dulu gambar dlm loyang


PUDING ROTI MARBLE
Resipi : Hana
Cnp : Linapg
Di Cuba : embunrosaliza
Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 (sy gn agar2 10g) 1 sudu paras metrik
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air (4cawan)
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Monday, May 11, 2020

Gulai Telur Tanpa Santan

Assalamualaikum dan selamat berbuka hari ke 18 buat semua. Tadi msk gulai telur tanpa santan gandinGn dgn ayam goreng mamak. Alhamdulillah komen juri kata gulai mcm mamak.. alhamdulillH, sedap.



KARI@GULAI TELUR TANPA SANTAN...
Resipi : CikPooja
Kuali Mama
Dicuba : embunrosaliza


👉1labu bwg beso(yg beso yea😁)
👉5ulas bwg putih
👉1senduk serbuk kari ayam@daging(cikpooja guna senduk cedok nasi tu yea)
(Serbuk kari cikpooja guna jenama babas)
(Masukkan bahan2 👆👆dalam blande....dan blande la yea...)

👉1ketui kiub pati ayam
👉Sedikit air asam jawa(tahap kemasaman ikut citarasa masing2 na)
👉Telur rebus
👉 Air utk kuah..tahap kepekatan ikut citarasa masing2...
👉2sb SUSU PEKAT
👉Daun kari n cabai tuk aroma dan hiasan😁
Rosaliza letak Garam sedikit

Jom masak..
👉Panaskan minyak...tumis bahan blande....
Bila dah naik bau.. masukkan air asam jawa..
Masukkan kiub pati ayam.. masukkan air..
👉Renehkan sekejap smpai mendidih... masukkan telur rebus.. Masukkan garam secukup rasa..renehkan smpai tahap kepekatan kuah yg kome nak...
👉Last masukkan susu pekat.. kacau2 jap..pas tu masukkan daun kari n cabai..
👉 Okeyyyyyyy...siap😉

💚Nie tips cikpooja masak kari tanpa santan rasa sedap sehingga menjilat jari😁😁😁
👉Bila dah masak elok kari kita..last sekali masukkan SUSU PEKAT 1@2sudu besar(ikut kuah la yea..kalau sikit kuahnya 1sudu je.. Kalau bnyk letak 2sudu)
👉Kompem sedap n balance semua


Sunday, May 10, 2020

KUIH LAPIS

Assalamualikum, tgk resipi kuih lapis ni terus jatuh chenta, tgk semua yg komen dkt post ni semua manjadi dan cantik... laju save resipi dulu. Tq tuan punya resipi. Selalu duk buat resipi sendiri guna tepung gandum dan jagung je. Kita cuba buat resipi baru.
Baru siap kukus, mlm nnt kita postmortem

 Baru lps kukus. Nampak elok kejadian. Walaupun ada sikit kesilapan teknik masa melapis.
Boleh duk bayangkan mcm duk marble kek, lps letak adunan putih terus masukkan adunan merah, tp nasib baik sikit je termasuk.

Resepi Kuih Lapis
Sumber : FB
Di Cuba : embunrosaliza

Bahan2

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis) - hampir secawan
1 cawan santan
3 cawan air
1 sudu teh garam
Sedikit Pewarna

Cara-caranya

▪︎satukan kesemua bahan kecuali pewarna di dalam bekas. Kacau sehingga sebati dan larut.

▪︎bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan dengan warna kesukaan anda dan satu lagi dibiarkan dengan warna asal.

▪︎Sementara itu panaskan periuk kukusan. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan kukus loyang tersebut selama 5 minit sebelum melapis.

▪︎masukkan 2 senduk adunan putih kedalam loyang dan kukus selama 5 minit..(pakai timer kat handphone senang sikit). Kemudian masukkan adunan berwarna dan kukus lagi selama 5 minit..ulang sehingga habis adunan.

▪︎untuk lapisan adunan terakhir kukus selama 10 minit..kemudian sejukkan..siap!!

RESIPI NEKBAT HOME MADE

Assalamualikum buat semua. Hati berbunga riang bila buat Nekbat menjadi dgn jayanya. Terima kasih Liza Intai Dapur yg berkongsi resipi di fbnya. Akk panjangkan resipi kat sini pula

 Suka tgk keberhasilannya
 Maaf la bekas acuan kuih cara yg dh berzaman tu hitam legam, tp best x melekat
 Dlm 12 ke 13 biji je dpt
Ini selepas di sira dgn 2 cawan air. Masih kering lg, lps ni kena guna 3 cawan air

NEKBAT
 Resipi Nekbat : Liza Intai Dapur
Di cuba : embunrosaliza

Nekbat (19 biji ) -acuan bahulu cermai
Acuan kuih cara dpt 13 biji

2 biji telur A
80gm tpg beras - sangai  = 1cwn arcopal
2 helai daun pandan - utk sapu acuan
Pewarna oren / kuning - optional

Cara2
1. Telur dipukul hingga btl2 kmbang ( sampai warna putih )
2. Masuk tpg beras sdkit2 dan pukul sebati ( guna low speed atau whisk je )
3. Panaskn oven 200C- rosaliza guna dapur je
4. Sapu minyak pd acuan dgn menggunakn daun pandan dan panaskn acuan skjp
5. Sudukn adunan ke dlm acuan dan bakar selama 10 minit atau sehingga kuih masak.

Untuk Sira
9 Sudu besar Gula
2 Cawan air
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
2 cawan air - lps ni kena 3 cwn

1.Didihkan air bersama gula daun pandan dan bunga cengkih.
2. Masukkan Nekbat biar air gula meresap
3. Jika suka berkuah letak lebih air


Tuesday, May 5, 2020

KEK PISANG

Assalamulaikum puasa hari ke 12 hari ini. Selalu duk buat kek pisang resipi sofinar MYR ni, tp boleh x letak resipi sekerap yg buat. Bila google cari kek pisang rosaliza x adA satu pun keluar.

Resipi asal sofinar kek pisang sempoi. Kebetulan ada pisang masak ranum dh 4 biji, agaknya ank2 pun x lalu dh nk mkn pisang. Dari buat cekodok baik buat kek pisang tahan lama sikit kalau x habis
 4kek pisang sinonim dgn pecah kat atas kek

Kek Pisang Sempoi
Resipi asal : Sofinar MYResipi
Dicuba : http://embunrosaliza.blogspot.my

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek ~ - 4 biji pisang berangan
  • 180g tpg gandum  ~ 2 cawan tepung gandum
  • 180g gula halus /gula icing ~ 1 cawan gula biasa
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak ~ 1 cawan majerin yg di cairkan
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam 
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

Monday, May 4, 2020

PULUT SERI KAYA

Assalamualikum buat semua, hari ni puasa hari ke 11 bg kita semua. PKPB pun bermula hari ni. Nampaknya ramai yg keluar shoping baju raya.

Hari ni masak pulut seri kaya masih setia dgn resipi dr Yatie. Pasti jadi x jadi masalah.

Cuma kali ini, gula merah hancur ada dlm satu sudu je. Jadi guna gula merah lembut campur nise sikit utk cukupkan 3/4 cawan. Lps tu guna 1/2 cawan lg gula merah lembut.

PULUT SERIKAYA
resepi : yatie memories
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - akk tak letak

Cara Untuk Lapisan Atas

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.
 Buat guna loyang 10x10. Molek pula kaler dia
 Biasa la bab potong2 senget benget tu berpisah tiada

Cukup utk kami buat buka

Friday, May 1, 2020

KETUPAT SOTONG KELANTAN @ TUPAK SUTUN

Assalamualikum semua, dan selamat menjalani ibadat puasa hari ke 8. Antara menu wajib bulan puasa. Sekarang ni susah sikit nk cari sotong di pasar, kalau ada yg jual on9 pun harga mahal sikit.

Kali ini my abe ke econsave jln kelang lama dpt juga la sutun segar ni  harap x pecah la masa rebus tu nnt


KETUPAT SOTONG KELANTAN @ TUPAK SUTUN
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com

Bahan2

1. 10 ekor sotong segar  bersaiz sederhana ( bersihkan cabut kepala, gigi  dan tulangnya )
2. 1 cawan santan sederhana pekat - separas sotong - kali ni guna hampir 2 cwn santan, sotong agak gumuk. Guna santan kotak 
3. 11/2 keping nisan
4. Gula 2 ke 3 sudu besar
5. Sedikit garam
6. 3 helai daun pandan
7. Lidi secukupnya

Untuk pulut
1 cawan pulut
1 cawan santan
Secubit garam

Cara2

  1. Masak pulut seperti biasa masak nasi biasa.
  2. Sejukkan sekejap pulut yg telah masak
  3. Ambil sedikit pulut dan masukkan kedalam sotong.
  4. Tutup pulut tadi dengan menggunakan kepala sotong , kemudian cucuk atau kemaskan dgn lidi, agar pulut tidak terkeluar semasa merebus nanti.
  5. Lapik dasar periuk dgn daun pandan, kemudian susun sotong.
  6. Pecah2kan nisan , masukan gula garam dan santan ke dalam periuk yg berisi sotong tadi. ( santan paras sotong )
  7. Masak dgn api sederhana, dan tutup periuk. Masaklah sehingga kuah pekat.
  8. Siap......sedia untuk dimakan

Nota Kaki : resipi asli ketupat sotong menggunakan beras pulut yg di rendam . Kemudian di letak santan dan sedikit garam kemudian di isi separuh sotong.

Ini versi saya sdiri masak pulut dgn santan, cepat sikit msk.
 Yg pelik2 byk lidi mama punya, sbb ada tlor sutun, nnt dpt pd ank2 dia x mkn

Yg ini dlm 9 ekor dekat sekilo.


Alhamdulillah menjadi kesemuanya, yg pasti sotong ni segar bugar. Biasa kalau buat mesti ada yg terpecah sekor dua ekor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...