Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan seketika

Saturday, December 5, 2009

tongkol goreng asam jawa

Salam  buat semua, kali ini nak tayang pula tongkol goreng asam jawa resepi asal cik puan Hasue. Hari  tu p jenjalan umah Dayangjack, terliur pula bila tgk tongkol dia kebasah2an itu. layan aje tongkol asam jawa ni ya,




aku guna tomato yang muda utk hiasan disamping di jadikan ulam. Bersayur kan pula masak lemak putih pucuk paku bersama udang.....layannnn
Sue minta izin ya akak nak c n p resepi sue ni, untuk rujukan. TQ HASUE

Bahan-bahan ( Bergantung saiz ikan )

  • 1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih
  • 1-2 sudu makan asam jawa
  • 1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
  • Serbuk perasa-tak letak pun takpe
  • 1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
  • 1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
  2. Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
  3. Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering..



untuk anak2 pula aku cuma goreng ayam sahaja.



Yang tak di tayang di sini ialah ikan rebus goreng, menu nostalgia....gambar ikan tu tak berapa senonoh tapi sedap sangat. Ada juga kawan2 yang tau makan ikan rebus goreng kan, nnt lain kali kita tayang ya....♥♥hehehe.

2 comments:

Akakk..sue nak seketui ikan dan pucuk paku tuh..alahai sedapnya kakk..yg tak ditayang pun kalo ader lagi nak ler jugakk..hehe
 
Sue... amik la sue dua ketui pun, tapi kan sue memnag sedap ikan tu kan, akak dh antar report kt myr dh, n copy n paste dh resepi sue itu
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...