Saturday, January 22, 2011

KEK BELANG HASUE

Salam buat semua ...ingat petang tadi lagi nak n3 pasal kek belang ni, sibuk pulak pegi tengok  si Aqil n Eqa berlatih hoki, punyalah lama dari kul 2.30 pm hingga 5.45pm.

Kek ni akk buat masa makan2 hari jadi Aqil ari tu, dia kan peminat biru, maka kek pun akk buat kaler biru jugalah, ikut kehendak dia. Terima kasih buat HASUE yang berkongsi resepi  kek kukus yang sedap ini, akk tukar dari belang harimau kepada belang biru heheh. Sedap kek ni. }~


Akk buat setebgah adunan je

Bahan2(8 1/2" x 8 1/2"): *gelas yg digunakan-(200ml)

  • 330 marjerin
  • 290g gula pasir / 2 gelas
  • 6 biji telur
  • 310g tepung / 2 gelas setengah
  • Esen vanilla
  • Serbuk koko + coklat emulco-(optional) - akk guna kaler biru n oren
  • Pewarna Kuning-optional
Cara2:

  1. Panaskan pengukus.Pukul marjerin bersama gula pasir sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang
  2. Masukkan telur satu persatu..adalah penting untuk memukul sebati setiap kali telur ditambah sebelum memasukkan telur seterusnya
  3. Tambahkan esen vanilla atau esen pisang,pukul seketika
  4. Ayakkan tepung terus ke dalam adunan sambil dipukul sebati
  5. Adunan siap dan bahagikan kepada 2 bahagian.warnakan kuning dan satu lagi tambahkan serbuk koko dan coklat emulco.
  6. Masukkan adunan berselang seli ke dalam loyang yang sudah di gris marjerin dan ditabur tepung
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air pengukus menitik di atas kek.
  8. Kukuslah selama 1 jam atau 1 jam 15 minit/sehingga masak. Selamat mencuba!

sebelum di kukus..suka tengok cantik je


Sedap gebu juga walaupun tak guna apa2 soda kat dlm nih . Tq ya Sue, n peluk cium buat Zhariff ya

6 comments:

I like like like it so very much.
 
cantik belang akak buat tu..tambah cantik sebab letak kaler biru.hihi..leh kamceng laa ngan aqil nih.. :D
Mekasih kak sudi cuba resepi simple ni..resepi ni sesuai utk kenduri2 atau majlis sebab mudah,murah tapi sedap kan..xyah guna mentega mahal2 pun
 
salam rosaliza..akak memang tak pernah bat kek kukus..semua main bakar je.
kalau kata sedap tu..insyaallah..boleh juga cuba ni..
 
cantiknya kek besday aqil, mak lang minta sket arr..
 
kak nanti saya buka restoran kak jadi ketua chef mau x?? keke

http://contengcorner.blogspot.com/2011/01/cemburu-la.html
 
baru perasan.. selamat hari lahir kak...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...