Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Sunday, January 16, 2011

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKS - KAK FIDA MYRESIPI

Salam buat semua....pagi ni dah bf ngan nasi lemak, anak2 mkn roti canai telur, sambil2 tunggu my abe bawa balik bf tu, akk godek2 resipi best ni...dulu2 dah pernah buat...mmg tak jemu mkn, buat pun sekejap je..TQ buat Kak Fida @ myresipi, kerana kongsikan resipi yang best. Minta izin ya nak c n p resipi kat sini untuk rujukan masa hadapan. Akk buat setengah adunan sahaja



Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais) - 2 biji telur A
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) - 3/4 cawan
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata) - 1 cawan
  • 1 sk rata baking powder* - 1/2 sudu teh
  • 1 sb ovalette - 1 sudu teh
  • 150 ml susu cair - 75 ml
  • 1/2 sk garam - sedikit garam
  • 100 ml minyak jagung/masak - 1/4 cwn 
  • 1 sk esen vanilla 
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3.  Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4.  Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5.  ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6.  Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
  7.  Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...
  8.  Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.
  9.  kek lapis choc kukus...


Dah kenyang2 mkn nasi lemak  n roti canai tu..dah abis setengah loyang kek ni...mmg sedap sangat..tq ya kak Fida

7 comments:

mesti sedap kan...nak la rasa sepotong hehehe
 
Salam rosa, dah lama akak tringin nk buat kek hawflakes ni..dh bnyk x beli pon hawflakesnya tp keknya x buat2 pon, hawflakes abis ratah je...dah tengok rosa buat jd semangat balik nk buat..hehe
 
amboi segak bergaya kek velvet dier..
 
Teringin sangat nak buat, bilalah hasrat nak kesampaian ni...bestnya tengok kek orang..
 
}~ Noor Masri...sedap sangat, lembut n tak berapa manis sangat
 
}~ Azlina..mcm akk juga dah lama beli hawflakes tu..baru sampai seru nak buat...buat sekejap je..mkn pun sekejap juga heheh
 
}~ Linapg...segak2 pun kejap je tuh licin heheh...warna dia terang


}~ Antan Bertingkah....heheh tunggu sampai seru dulu baru boleh buat..kalo tak ada mood hasil mmg tak seperti yg di harapkan
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...