Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Thursday, April 7, 2011

FISH N CHIPS

Assalamualaikum dan selamat sejatera buat semua, teman2 blogger dan yang bukan blogger, janji ada kemudahan internet je. Harap2 semua dalam keadan sihat sejahtera hendaknya.


Kali ini akk nak kongsi resipi  fish n chips kat sini. Resipi ini akk c n p dari Myresipi@ junjs. Sesekali ubah selera western ni best gak. Fillet ni akk perapnya lada sulah ajishio dulu, hasinya mmg sedap dimkn bersama kentang yang di cicah sos cili+mayo.


inilah fish n chips tu...


FISH N CHIPS
sumber : myresipi@junjs


bahan-bahan ( 2-3 org makan )


2-3 keping isi ikan (guna apa2 jenis ikan isi putih yg besar spt jenahak,kurau, kerapu) akk guna kepingan ikan dory
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/3 cawan susu segar  - akk guna susu soya
1/3 cawan air
1 biji telur
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk buah pala /paprika (jun x isi) - akk pun
1/8 sudu teh serbuk kunyit


rupa paras ikan dory...senang keja, tak payah buang tulang2 dfah siap sedia filletnya, cuma potong je
Cara-cara




Ikan tadi dilap dengan kitchen roll tisu.
Campurkan tepung gandum, tpg jagung, soda, garam dan serbuk kunyit.
Campurkan susu, air, telur, kacau dengan garfu. Masukkan kedalam campuran tepung. Gaul rata.
Celup ikan dalam tepung dan goreng 4-8min. Angkat dan letak atas kitchen roll tisu untuk buang lebihan minyak. Hidangkan dgn sos, mix vege dan fries.


murah je isi ikan ni, akk beli kat carre4 bahagian frozen


Lupa nak cakap, fish n chips ni best makan masa panas, kalo sejuk kulit dia mcm lembik sikit. Lain kali boleh buat lagi, guna resipi ikan celup tepung pulak, macam best je, ranggup2

7 comments:

Assalam kak, nieza suka mkn ikan dory ni kat sini murah juga..selalu juga beli buat goreng tepung cicah sos...sedap. btw nanti akak singgah umah ambik award yer...tq!..:)
 
kak bestnya FNC sedapnya,hubby tak suka dory sll selalu buat dengan ikan siakap
 
assalam rosaliza..best dah pandai buat sendiri ni kan..
semalam akak makan kat kedai..mahal jugak..2 keping 16 ringgit
nak cari ikan dulu..nanti akak nak cuba jugak..terima kasih rosa.
 
wah..tuko selera ni..western food gini bebudak mmg suka la..ada lagi tak...pass over sini 2set
 
akak..sama laa kite mkn western food..baru pas makan spagethi td.masak lak ikut sukati jek..haha
rajin laa akak buat fish n chips tuh..ni mmg xyah mkn nasik dah knyg kn..
x pnh lak beli ikan dowry tu rasanya..ke x pasan..hehe
 
sebelum siap tu memang nampak macam ikan.. tapi lepas siap awat nampak macam chicken chop kak..

ENTRY BARU : layan beger jom
 
salam kak..semalam dah datang tak sempat nak mintak anak kacau..hari ni sah dah habis huhu..terlepas
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...