Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan

Tuesday, October 4, 2011

NASI IMPIT DAN KUAH KACANG KELANTAN

Assalamualikum buat semua dan salam sejahtera, hari ini 4.10.2011 anak2 akan menjalani peperiksaan PMR, begitu juga dengan anak sulung akk, semoga mereka semua dapat menjawab soalan dengan cemerlang, dan buat yang terbaik.


Pagi bumi KL hujan mencurah2 bagaikan takmo berhenti, anak2 pun balik sekolah lambat sikit, nasib baik kul 1 lebih hujan dah pun reda. Terasa sejuk n nyaman seketika.


Berbalik pada n3 yang dah basi ni,nasi impit kuah kacang. Sebenarnya nasi impit tu yang segera je, akk ni mana pandai nak anyam ketupat nak buat nasi impit tu, nanti lain kali nak kena belajar dengan LINAPG, dia memang pandai, masa dia ajar buat sarung ni akk sibuk kat hostel katanya , akk pun lupa, nape akk tak reti, sedangkan adik akk En Daun pun pandai huhu.


Bercerita tentang kuah nasi impit ni, memang amat berbeza dengan kuah2 di negeri lain. dan kuahnya cair sikit, tapi untuk kita warga Klate memang suka dengan kuah sebegini. Cara untuk masak kuah ni ada dua cara, satu di tumis bahan2 blender dan satu lagi di masak terus tanpa tumis, dan tunggu hingga kuah pecah minyak, bermakna santan ken apekat sikit. Cara akk tumis, cepat kerja.


KUAH KACANG KELANTAN
resipi :embunrosaliza


Bahan - bahan


21/2 Cawan kacang tanah ~ digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan diblender kering)
13/4 Cawan Santan Pekat
4 Cawan air

BAHAN UTK DI BLENDER*
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
5 tangkai cili kering * ( nak pedas tambah lg)
2 batang serai di ketuk manja  ( ditumis bersama bahan2 diatas)

2 keping Nisan
3 Sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Sedikit minyak untuk menumis

CARA2 MEMBUATNYA
~ Blender semua bahan2 bertanda*. Kemudian tumis bahan2 bertanda * bersama serai  sehingga wangi, kemudian masukkan air dan santan. Kacau seketika.

~ Kemudian masukkan kacang, nisan, gula, garam, asam keping, kacau sentiasa. Gunakan api yg sederhana.

~Masakklah sehingga pecah minyak, sesuikan rasa. Siap



sate ni beli kat medan mara sate kajang Hj Samuri, sate yang tersedap yang pernah akk makan.

14 comments:

salam .K.Rosaliza.Emmm....sedapnya mkn nasi impit ngan kuah sate..opsst!sate pon ada!mkn ngah ujan2 nie mmg best..perut memanjang lapar jer:D
 
As salam kak rosa,
Semoga along berjaya dlm exam PMR. Kalau akak nk belajar cara anyam kelongsong ketupat nasi tu mai sini. Tiada yuran dikenakan..daun nyoq akan disediakan oleh pengajar..haha..
 
salam kak..saya suka makan kuah kacang..tapi nak masak sendiri memang malas...hehehhe...baru tau ada kuah kacang versi kelantan..:)
 
Assalamualaikum..emmm saya pun suke kuah kacang yang ala-ala cair cenggini....Sedapppp....
 
assalam kak rosa...meh 1set nasi impit tuh, kuah kasi lebey..ngan satay sekali ek..
Nak belajar ngayam tupat meh..kena bw daun nyoq sepelepah kih3
 
Assalam rosa..anak bongsu akak PMR jugak..rosa anak sulung..ye.
alahai rosa..buat tunjuk kuah kacang dan nasi impit ni..buat kan akak teringin nak buat lagi ni..
 
as-salam
that looks very delicious..
 
wah kak rosa best ni sy tak terbuat2 lagi kak heheh sbb tak makan yg segera kena buat yg guna daun pisang tu yg berchenta tu:)
 
patut la mak nani tak suke yg pekat2...rupenye kelantan style memang cair2 ye...hihih...baru tau ni...pastu selalunya kan ada sambal kelapa..jadinya kalau cair2 sikit pon xpe sebab dicover dgn sambal kelapanya tu... sedapnya kak....
 
"lahh samalh ank saya pun amik pmr gak..smga diorang berjaya..kuah kacang ni agak berbeza..mmg berbeza sgt pun dgn stail saya..takpa nanti boleh cuba stail yg ni pulak..boring gak kalau asyik sama jer kan.."
 
nak 1 set...mggu lpas bru dpt mkn sate,..bli kt psar mlm..hehe

p/s gud luck along...
 
This comment has been removed by the author.
 
sedapnye... raya hr tu ada ke ek? ada kn?hehe.. lupa..
 
fuhhh..sedapnya nasi impit ngan kuah kacang tu....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...